Visitor LIVE

Mesothelioma Cancer News Diagnóstico y tratamiento del mesotelioma pleural maligno Mesothelioma Law Firm mesothelioma cancer mesothelioma asbestos

Rozita Che Wan Akui Malas Berlakon

IKLAN 300x600 ( Yang Sudah Diparse)




Mungkin disebabkan jarang kelihatan di kaca televisyen, ada spekulasi yang menyatakan bahawaRozita Che Wan kini sudah pun berundur daripada bidang lakonan namun pelakon cantik jelita ini mempunyai jawapan tersendiri terhadap dakwaan tersebut.
Menurut Che Ta, dia kini masih menerima tawaran berlakon namun tidak sekerap dulu malah dalam masa yang sama menjelaskan bersikap lebih memilih dan hanya mahu berlakon dengan produksi miliknya sendiri iaitu Padusi Productions.
“Saya bukan berhenti terus. Sejujurnya, saya akui sudah malas berlakon kerana penat dari pagi sampai ke pagi. Selama ini memang saya tak suka sangat berlakon tetapi sebab dulu tak tahu nak buat apa dan tawaran pun pada masa itu banyak, jadi saya teruskan.
“Sekarang saya ada banyak benda nak buat dan saya semakin seronok menerbitkan program dan sibuk dengan perniagaan online. Kalau nak berlakon pun dengan produksi sendiri atau Zeel Production sebab lebih selesa,” katanya.
Tambahnya lagi, dia kini sedang sibuk menguruskan perniagaan tudungnya yang semakin dapat sambutan lebih-lebih lagi untuk persiapan menjelang Aidilfitri. (rtky/s)
IKLAN RENPONSIF ( Yang Sudah Diparse )

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Rozita Che Wan Akui Malas Berlakon"

Post a Comment

VISITOR