Nama Kamal Adli dan Emma Maembong sejak kebelakangan ini selalu dikaitkan bersama, kedua-duanya kini yang sudah kembali solo ramai yang beranggapan mereka sebenarnya sedang bercinta.
Kami hanya kawan. Masih di peringkat kawan. Dengan apa yang dilalui dan tanggapan orang, saya tak mahu dituduh cuba “sailang” hubungan mereka dan dengan situasi “hangat” masing masing. Saya tak pernah wujud masa Emma dan Zizan bercinta. Masih terlalu awal untuk kami ke fasa serius.
Mengenai kejutan hari lahir oleh Emma buat dirinya, Kamal menyifatkan ia tidak lebih daripada ingatan seorang teman dan turut bersimpati kepada aktres jelita itu yang dikritik hebat berhubung isu tersebut.
Cuma saya dapat tahu teruk juga peminatnya hentam dan marah dia (Emma) apabila muat naik gambar kejutan hari lahir saya di laman Instagram. Saya kasihan pula dengan keadaan menimpanya itu. Saya sampai suruh dia tak payah lagi muat naik gambar membabitkan sayaDalam situasi ini saya pun hairan kenapa dia dibenci dan dimarahi peminat. Ruang harus diberi untuk mana-mana artis pun jika jodoh mereka dengan sesiapapun tak berpanjangan.
0 Response to "Masih Terlalu Awal Untuk Kami Bercinta- Kamal Adli"
Post a Comment